Resepi Kek Pandan Godek Godek Mudah sangat. Alhamdulillah, Kek Menjadi Elok, Gebu, dan Sedaap Mntaaap by Noy Yullan

Bulan lepas, saya pernah share gambar kek pandan yang cantik gebu tapi rasa failed. Resipi baru so failed tu biasa. Saya nekad nak buat lagi sampai jadi baru share dengan friends & followers.

Sebenarnya ini cubaan ketiga. Yang pertama kek gebu tapi rasa failed. Yang kedua, saya buat di kampung. Saya ubah resipi, try blend semua bahan dan tak sapu butter/minyak pada acuan. Hasilnya, kek jadi sedap sangat tapi teksturnya agak padat dan bahagian tengah melekat pada loyang. Hari ini buat lagi. Belajar daripada kesilapan. Blend, godek-godek, dan kukus. Mudah sangat.

Alhamdulillah…. kek menjadi elok, gebu, dan sedap. Dengan gembiranya saya nak ajak korang buat juga. Nanti, siapa yang dah buat, share gambar pada ruang komen, ya. Jom semak resipinya.

Kek Pandan Godek-Godek by Noy Yullan

Bahan A (Blend)
3 biji telur gred A
1 tin susu cair (390gm)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 sdk esen vanilla (1 penutup esen)
1 botol kecil pes pandan koepoe2 (30ml)
Nota: Klik gambar dan video hingga habis. Saya ada share gambar pes pandan koepoe-koepoe yang saya guna)

Bahan B (Ayak)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder.

Cara Cara

1. Blend bahan A hingga gebu dan gula hancur.

2. Ayak bahan B ke dalam bekas besar.

3. Tuang bahan yang diblend tadi ke dalam bekas bahan ayak (yang ada tepung tadi).

4. Gaul dan kaub balik sekadar sebati. Godek-godek manja sahaja.

5. Sediakan loyang saiz 8″. Alas dasar loyang dan sapu butter/minyak pada bhgn dalam loyang. Tabur sedikit tepung. Ratakan. Buang sisa tepung berlebihan dgn cara menepuk belakang loyang.

6. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan. Kacau2 sikit dengan sudu supaya adunan mudah turun. Tutup permukaan loyang dgn aluminium foil atau plastik.

7. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Apabila air mendidih, kukus kek sehingga masak. Anggaran 1 jam 10 minit.

8. Apabila cukup masa, cucuk bhgn tengah kek dengan lidi. Jika lidi keluar bersih maknanya kek sudah masak. Jika masih ada sisa adunan kek basah melekat pada lidi, sambung kukus sehingga kek masak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.