Ini Dia Cara Cara Membuat Kulit Karipap Daun Sup. Yangg Enak, Gurih dan Renyah Bikin Ketagihan

oleh

Suka makan karipap? Kalau biasa anda makan karipap kulit kosong tu, kali ni boleh cuba karipap daun sup. Mesti lagi wangi! Jom lihat cara-caranya.

Resepi Karipap Daun Sup

Loading...

Bahan Kulit Karipap

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 senduk daun sup cincang
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan minyak masak
Air secukupnya

Cara – Cara

Panaskan marjerin dan minyak. Setelah marjerin cair, biarkan suam.

Satukan tepung, garam, daun sup dan marjerin suam tadi. Ramas supaya berderai.

Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh.

Perap sekejap dalam bekas bertutup selama 10 minit. Kemudian bolehlah mulakan proses buat karipap.

Bahan Inti Kentang

7 biji ubi kentang – direbus sebiji-sebiji. Jangan potong.
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Sedikit halia
2 tangkai daun kari
4 sekawan (pelaga,cengkih,bunga lawang,kayu manis)
2 sudu makan rempah kari
1 biji kiub pati daging (optional)
Garam secukup rasa.
1/2 cawan air
Daun sup secukupnya

Cara Memasak

1.Rebus ubi kentang hingga empuk. Toskan kemudian tumbuk/potong kasar. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.

3. Masukkan rempah kari dan air. Tunggu hingga pecah minyak sedikit anggaran 5 minit.

4. Perlahankan api, masukkan garam dan kiub pati daging.5. Setelah rempah masak, padamkan api, buang rempah 4 sekawan.

6. Masukkan ubi kentang yang ditumbuk kasar tadi. Gaul rata bersama rempah.

7. Akhir sekali, tabur daun sup yang dicincang.

8. Ambil doh karipap tadi dan bentukkan bulat.

9. Ambil doh, canai jangan terlalu nipis.

10. Kemudian masukkan inti dengan secukupnya. Kelim dan bentukkan menjadi karipap.

11. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tie Watiezz

Loading...

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.